Artis Malaysia yang Dikurniakan Anak Sepanjang Tahun 2026
Alhamdulillah, ramai artis Malaysia yang melahirkan cahaya mata pada tahun 2026 ekoran ramai yang sedang hamil pada tahun 2025. Jadi, berikut adalah senarai Artis Malaysia Dikurniakan Anak Sepanjang Tahun 2026. Min akan update senarai ni dari masa ke semasa di sini dan juga di FB Page Kisah Artis Malaysia. Kalau ada nama tertinggal dalam senarai ni, korang boleh komen di bawah. Shahidan Izwan Pada 22 Februari 2025, pelakon Shahidan Izwan sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Momoy Rahman, dengan sekali lafaz. Isteri Shahidan Izwan sedang hamil anak sulung mereka. Shahidan berkongsi berita gembira ini selepas mereka berdua selamat dalam satu kemalangan kenderaan pada September 2025. Pasangan ini selamat menerima cahaya mata pertama bayi lelaki pada Isnin 5 Januari 2026.